Sukan

NSFC wajib baiki aksi sebelum jumpa Selangor, Aidil Sharin lega pemain Kuching tahu apa perlu dibuat

SEBANYAK enam pasukan sudah boleh mencongak persiapan terbaik selepas berjaya melangkah ke suku akhir Piala FA 20252-2026 selepas mempertaruhkan aksi masing-masing dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 minggu lalu.

Penang FC, Terengganu FC (TFC), Kuching City FC, Negeri Sembilan FC (NSFC), Selangor FC dan Kelantan The Real Warriors (TRW) FC mengesahkan slot mereka ke suku akhir yang dijangka bermula pada Oktober depan.

Pertembungan Negeri Sembilan FC dan Selangor FC di pentas suku akhir antara yang bakal mencuri tumpuan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan terutamanya selepas dua kelab itu mempamerkan persembahan yang mengujakan di pentas Liga Super sebelum ini menyaksikan Selangor tewas 1-2 kepada anak buah Nidzam Jamil.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh