Hiburan

Aina Abdul raih empat anugerah termasuk Lagu Terbaik AIM24, Belagu II menang Album Terbaik

MALAM kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) menyaksikan penyanyi Aina Abdul menang besar apabila berjaya merangkul empat kategori utama di acara yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands pada malam Sabtu.

Lagu hasil sepenuhnya Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 32, berjudul Jangan Mati Rasa Itu berjaya membawa kemenangan bagi kategori Lagu Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Vokal Wanita Terbaik.

Malah Aina turut memenangi kategori Rakaman Album Terbaik (Imaji Deluxe Edition) yang diumumkan lebih awal pada Jumaat.

Aina muncul sebagai pemenang Vokal Wanita Terbaik.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh