Hiburan

Impian Eda Ezrin genggam trofi AIM24 tercapai, lagu ‘Bea Soba Bea’ menang Lagu Etnik Terbaik

IMPIAN penyanyi Eda Ezrin untuk membawa pulang trofi Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) akhirnya menjadi kenyataan apabila lagu Cinta Setandan Pisang nyanyiannya bersama Den Manjo diumum pemenang kategori Lagu Etnik Terbaik pada acara yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang pada malam Ahad.

Karya ciptaan Eddie Hamid tersebut mengetepikan saingan empat lagu lain iaitu Menyantun Kasih (Siti Nordiana), Magis (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kalam (Shiha Zikir) dan Oh Huminodun (Elica Paujin).

Eddie ketika berucap di atas pentas AIM24.

Kemenangan itu turut membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 menerusi peruntukan Dana Kandungan Digital (DKD).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh