KUMPULAN terkenal Indonesia, Samsons bakal mengadakan konsert Samsons Live in Malaysia – Kenangan Terindah di IDEA Live Arena Damansara 3, Petaling Jaya pada 9 November ini.
Menurut vokalisnya, Adrian Martadinata sambutan memberangsangkan yang diterima pada konsert yang berlangsung dua tahun lalu memberi kenangan manis sehingga menimbulkan rasa rindu buat dia dan ahli kumpulannya.
"Ramai sekali peminat di Malaysia, malah sambutan konsert sebelum ini juga sangat luar biasa dan mengejutkan kami. Saya tidak sabar untuk bertemu mereka pada November nanti," katanya kepada mStar.

Samsons janjikan persembahan memukau.






