LAMA menyimpan rahsia, penyanyi Irfan Haris akhirnya berkongsi detik perkenalan kakaknya iaitu Amira Othman bersama pelakon Fattah Amin.
Kata Irfan, 24, Amira bersama aktor berkenaan mula berkenalan ketika menonton konsert Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika pada 14 Disember tahun lalu.
“Saya rasa detik permulaan perkenalan mereka ini di konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saya tak pasti tapi saya rasa mereka mula berkenalan di situ,” katanya.

Irfan kongsi rasa teruja percintaan kakaknya.






