BERITA pelakon Fattah Amin bakal bernikah disambut baik oleh ramai selebriti termasuk aktor Sharnaaz Ahmad.
Gembira melihat rakan artis kembali mendirikan rumah tangga, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 40, reda belum rezeki buatnya ke arah itu.
Secara berseloroh dia juga memberitahu mahu kekal memegang jawatan Presiden Persatuan Duda Malaya.

Sharnaaz selesa hidup sebagai seorang duda.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
"Saya masih tamak dengan jawatan saya sebagai Presiden Duda. Mungkin nak pegang jawatan itu dalam sepenggal atau 10 penggal lagi. Saya tak tahu, itu semua rahsia Allah.
"Kalau ada jodoh boleh sahaja nak menikah, tapi sekarang Tuhan bagi macam-macam rezeki. Jadi kalau Tuhan nak beri saya jodoh, mesti Dia akan bagi," katanya kepada mStar.
Sharnaaz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Magik Rompak yang diadakan di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada malam Isnin.
Bercakap soal jodoh, pelakon ini juga enggan terlalu mencari kerana percaya wanita yang terbaik akan hadir dalam hidupnya suatu hari nanti.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin lamar Amira Othman, bakal nikah Ahad ini – “Daripada rakan sekerja ke rakan serumah"
ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tiada jodoh Sharnaaz Ahmad rela masuk rumah orang tua, sudah buat tabung simpanan
"Nak kata memilih, bukanlah saya cari wanita ‘perfect 10’. Saya rasa biarlah jodoh ini datang cari. Kalau saya yang cari, belum tentu orang itu akan sayang macam mana saya sayang dia.
"Tapi kalau jodoh itu datang dengan sendiri, itu 100 peratus lebih baik rasanya daripada saya yang terlalu mencari," jelasnya.
Berkongsi lanjut mengenai kehidupannya sebagai duda, Sharnaaz mengakui pernah didekati wanita namun setakat ini dia lebih selesa untuk berkawan tanpa berfikir ke arah serius.
Malah, pelakon itu berkata dia bahagia melalui fasa sekarang meskipun ada masa tertentu timbul rasa sepi apabila memerlukan teman di sisi.
Saya masih tamak dengan jawatan saya sebagai Presiden Duda.
SHARNAAZ AHMAD
PELAKON
"Jujur cakap memang ada yang cuba mendekati dan ada juga saya dekati. Tapi saya rasa berkawan sahaja lebih baik.
"Kalau nak cakap terfikir ke arah hubungan yang serius, setakat ini memang tiada. Kalau ada, saya dah bagitahu.
"Saya gembira sahaja lalui fasa sekarang, cuma masalahnya bila saya sakit, hari raya, buka puasa… masalah tak banyak tapi ada. Masalah itu bila kita perlukan teman," ujarnya.

Sharnaaz ketika di majlis tayangan perdana filem Magik Rompak.
Untuk rekod Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Noor Nabila pada 31 Mac 2017, namun ikatan perkahwinan tersebut terlerai pada 9 Julai 2020.
Mereka memiliki seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz tampil dengan filem terbaharu lakonannya iaitu Magik Rompak yang sudah mula ditayangkan sejak 5 September lalu.
Selain Sharnaaz, pelakon lain yang turut membintangi filem arahan Adrian Teh itu ialah Zul Ariffin, Amelia Henderson, Nadhir Nasar, Yasmin Hani dan Datin Elvina Mohamad.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube





