PELAWAK Danial Zaini meluahkan rasa kurang senang terhadap perkembangan dunia stand-up komedi tempatan, terutamanya melibatkan pelapis baharu dan ‘indie’ yang menurutnya sengaja membangkitkan isu sensitif semata-mata untuk meraih gelak ketawa penonton.
Berkongsi pengalamannya menghadiri beberapa sesi open mic, Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini, 32, berkata, sebahagian besar golongan ini masih kurang dari segi isi dan konteks dalam lawak yang dipersembahkan.
Malah kata Danial, ada antara mereka yang menggunakan bahan kandungan berunsur lucah atau menyentuh isu-isu agama semata-mata untuk mencipta impak dan menjadi ‘viral’.

Bagi Danial melawak ini ada batasnya.





