Sukan

Rasa seperti ada ikatan peribadi, taikun Brazil namakan Neymar pewaris harta RM5.3 Bilion

SEORANG ahli perniagaan dari Porto Alegre, Rio Grande do Sul, Brazil mengejutkan rakyat negara itu apabila menamakan bintang bola sepak Neymar Jr. sebagai pewaris tunggal kepada kekayaannya yang dianggarkan bernilai R$6.1 bilion (kira-kira RM5.3 bilion).

Menurut laporan portal Brazil, GZH, wasiat luar biasa itu telah didaftarkan secara rasmi pada 12 Jun 2025 dan difahamkan, lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang pertalian keluarga atau hubungan profesional dengan Neymar.

Dalam keterangannya, usahawan yang enggan dikenali itu menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat atas dasar kekaguman mendalam terhadap Neymar selain merasakan ikatan peribadi dengan penyerang Santos FC itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh