PENYANYI Azharina Azhar tidak menolak sekiranya satu hari nanti dia diberi peluang untuk terjun ke dunia politik.
Bagaimanapun Azharina, 40, berkata, buat masa ini dia memilih untuk memberi fokus kepada kerjaya seni dan tanggungjawab sebagai ibu tunggal.
"Kalau saya diberi peluang untuk terjun ke bidang politik satu hari nanti, insya-Allah jika ada sokongan ramai," katanya kepada mStar.

Azharina beberapa kali terima tawaran sertai parti politik.






