SEBUAH kemalangan tragis melibatkan tiga sekeluarga tular di media sosial selepas insiden menyayat hati tersebut dilaporkan berlaku di Jalan Westport, Pelabuhan Klang, Selangor pada Rabu.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang juga isteri kepada penunggang motosikal dilaporkan maut di tempat kejadian selepas digilis sebuah lori.
Menurut laporan awal, mangsa merupakan warganegara Indonesia dan sedang membonceng motosikal bersama suami dan anak mereka ketika insiden berlaku.





