Hiburan

Finas terus bela nasib penggiat kreatif, hulur sumbangan kepada Soffi Jikan melalui Ziarah Seni Madani

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac menyampaikan sumbangan kepada aktor Soffi Jikan yang kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Menerusi inisiatif Ziarah Seni Madani Finas, Hans atau Gerald Hans Isaac,54, berkata, kunjungan tersebut sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap insan seni yang banyak berjasa kepada industri perfileman negara.

Zed (kiri) turut bersama dalam kunjungan Ziarah Madani Finas bersama Soffi.

Zed (kiri) turut bersama dalam kunjungan Ziarah Madani Finas bersama Soffi.

"Finas sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan penggiat seni. Soffi Jikan merupakan pelakon serba boleh yang telah memberi sumbangan melalui karya-karya lakonannya dalam filem dan drama tempatan. Kami mendoakan agar dia segera sembuh dan kembali berkarya untuk industri,” katanya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh