KESEDARAN terhadap kepentingan komunikasi semasa berlakunya bencana mencetuskan idea penubuhan Peduli Radio, sebuah platform siaran dalam talian yang memberi tumpuan kepada isu kebajikan dan kemasyarakatan.
Pengerusinya, Ishak Abdul Kadir berkata, Peduli Radio memfokuskan kepada penyampaian maklumat berkaitan misi bantuan bencana, aktiviti kebajikan serta pembangunan komuniti.
Katanya ia bukan sekadar medium penyampaian informasi namun menjadi jambatan kasih sayang antara rakyat dengan menzahirkan keprihatinan terhadap isu-isu kebajikan serta membuka ruang kepada golongan berkemampuan memberi bantuan.

Peduli Radio dirasmikan oleh Menteri Komunikasi Malaysia, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.






