KEMANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi adalah peribahasa tepat menggambarkan bakat seni yang diwarisi oleh anak kepada pelakon Shaheizy Sam dan isterinya, Syatilla Melvin.
Antara yang paling mencuri perhatian ialah anak bongsu mereka, Salama Samheizy, 3, yang sering menghiburkan dengan gelagat mencuit hati serta menonjolkan bakat seni semula jadi.
Menurut Sam, 42, Salama dilihat mempunyai kecenderungan lebih ketara terhadap bidang seni berbanding anak-anaknya yang lain.

Sam dan Syatilla ada tiga anak bersama.






