MALAYSIA terpaksa akur apabila beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah gagal merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Badminton Dunia 2025.
Saingan sengit tiga set itu memihak kepada pasangan ranking nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai naib juara.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Paris, Perancis pada Ahad malam, Pearly-Thinaah merangkul pingat perak selepas permainan berakhir dengan keputusan 21-14, 20-22 dan 21-17.





