SEMANGAT juang tinggi dipamerkan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meskipun terpaksa akur tewas tipis kepada pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam aksi final Kejohanan Badminton Dunia di Adidas Arena, Paris, Perancis pada Ahad.
Dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 22 minit, Pearly-Thinaah tewas 14-21, 22-20, 17-21 namun tetap mencuri perhatian peminat apabila mempamerkan corak permainan bertenaga.
Pasangan beregu wanita pertama negara itu tidak mudah menyerah kalah, bangkit dengan penuh semangat untuk merampas set kedua 22-20 selepas ditewaskan 14-21 pada set pembukaan.
BACA LAGI: Coach Rexy Mainaky pesan selalu tarik nafas, jangan ‘overthinking’ — Tang Jie-Ee Wei
BACA LAGI: Pearly-Thinaah cipta sejarah paling bermakna buat Malaysia sempena bulan Kebangsaan
Bagaimanapun, usaha mereka untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan tidak kesampaian apabila Sheng Shu-Tan Ning kembali menguasai permainan di set penentuan sebelum mengesahkan kemenangan.
Walaupun tewas, Pearly-Thinaah tetap mendapat pujian kerana memperlihatkan daya juang tinggi hingga ke mata terakhir, sekali gus membuktikan mereka mampu bersaing dengan beregu handalan dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





