JIKA ada satu benda yang mampu menyatukan seluruh rakyat Malaysia pastinya adalah sukan.
Sukan, sejak dari dulu sudah berjaya menyatukan seluruh rakyat Malaysia, apabila atlet kita beraksi di peringkat antarabangsa pastinya semua akan ‘melekat’ di depan kaca televisyen memberikan sokongan.
Pada 2007, sukan sekali lagi menyatukan kita semua dengan skuad bola sepak kebangsaan memberikan hadiah paling bermakna sempena sambutan ke-50 Hari Kebangsaan.





