Sukan

‘Darah kita sama je’, berkongsi lahir bulan merdeka, 3 figura sukan satukan semua rakyat tak kira darjat

SETIAP kali Ogos menjelma, seluruh negara diselubungi semangat patriotik menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Jalur Gemilang berkibar megah sepanjang bulan ini di setiap bangunan, lagu kebangsaan bergema di pelbagai acara, dan rakyat berbilang kaum bersatu meraikan detik keramat kemerdekaan.

Bulan ini bukan sahaja sarat dengan makna sejarah, malah turut menyimpan kisah istimewa kelahiran beberapa legenda sukan yang menjadi kebanggaan negara.

BACA LAGI: Dibandingkan dengan JDT, pemain salam atas arahan CEO NSFC, MFL larang VIP turun padang

BACA LAGI: ‘Luar berhantu, dalam kondominium’, penyokong gesa kerajaan Sarawak naik taraf stadium seiring kebangkitan Kuching City

Di sebalik sorak-sorai sambutan kemerdekaan, lahir tiga nama besar dunia sukan yang menyinari bulan kebangsaan dengan kejayaan mereka iaitu bintang bola sepak 1980-an, Ishsam Shahruddin; ratu skuasy dunia (Datuk Nicol Ann David) dan bintang lompat bergalah negara yang semakin mencipta nama di Asia, Nor Sara Adi.

Mereka membawa warna tersendiri dalam arena sukan, tetapi berkongsi satu persamaan iaitu menjadi simbol penyatuan rakyat.

Nor Sarah Adi

Sarah kini menjadi simbol semangat Merdeka generasi baharu, membuktikan bahawa Malaysia mampu berdiri megah di pentas dunia.

Lahir pada 20 Ogos 2000, atlet lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi mencipta sejarah apabila meraih pingat perak di Kejohanan Lompat Bergalah Busan 2022, tepat pada hari ulang tahunnya yang ke-22.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh