MALANG tidak berbau menimpa pertahanan kental Kuching City FC iaitu James Okwousa apabila pemain tersebut didapati tercicir dompetnya.
Menerusi hebahan di media sosial, orang awam menjumpai dompet yang mempunyai gambarnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak semasa melakukan pemeriksaan kastam.
Kejadian itu berlaku dipercayai ketika Okwousa bersama Kuching City dalam perjalanan untuk ke Semenanjung Malaysia bagi memenuhi aksi Liga Super bertemu Negeri Sembilan FC pada Jumaat.





