PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa presidennya, Datuk Joehari Ayub telah meletakkan jawatan, sekali gus mengesahkan spekulasi yang hangat diperkatakan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan sejak beberapa hari lalu.
Spekulasi mula bertebaran apabila bilik Presiden FAM di Wisma FAM dilaporkan dikosongkan mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial mengenai kemungkinan Joehari melepaskan jawatan tersebut.
Tidak sampai 24 jam selepas khabar angin itu tersebar, FAM pada Rabu mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan peletakan jawatan Joehari sebagai presiden, kurang daripada tujuh bulan selepas dilantik secara rasmi.








