TULAR di media sosial rakaman video sekumpulan lima remaja lelaki didakwa menceroboh kawasan kolam renang di sebuah kondominium mewah di Kota Warisan dekat Sepang, Selangor baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Sepang Viral pada Rabu, remaja terbabit dipercayai memasuki kawasan kondominium tersebut secara haram sebelum bertindak mandi-manda di kolam renang berkenaan.
Pentadbir akaun itu turut memuat naik beberapa video yang dikongsi oleh penduduk kediaman berkenaan yang memaparkan aksi kumpulan remaja tersebut membawa masuk kerusi santai (Outdoor Lounge Chair) ke dalam kolam renang, sekali gus mengundang kecaman netizen.





