SEMPENA sambutan Hari Kebangsaan yang ke-68 dan Hari Malaysia, syarikat produksi SOL Pictures Sdn. Bhd, serta pengedar Empire Film Solution dengan kerjasama TGV Cinemas bakal menayangkan semula filem Gayong bermula 28 Ogos hingga 17 September ini.
Menurut Penerbit Eksekutif, Khairul Anuar Latip, penonton diberi keistimewaan untuk menonton versi berbeza dengan beberapa pembaharuan termasuk kombinasi director’s cut dan pengkritik filem.
Lebih menarik, tiket wayang filem ini ditawarkan dengan harga berpatutan iaitu RM10.

Filem Gayong mengangkat semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia.





