Sukan

Joehari Ayub sah letak jawatan Presiden FAM lepas 7 bulan berkhidmat

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan bahawa Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub telah meletakkan jawatan sebagai Presiden FAM.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi badan induk bola sepak negara yang menyatakan peletakan jawatan berkenaan diterima dengan rasa berat hati oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM, selepas Mesyuarat Khas Kedua Penggal 2025-2029 yang diadakan pada Rabu di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi itu diadakan khusus bagi membincangkan peletakan jawatan Joehari, yang telah menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi kepada FAM baru-baru ini. — Majoriti

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.