PELAKON Andy Teh sering berdepan salah faham dalam kalangan netizen yang menyangka dirinya sebagai seorang mualaf gara-gara kerap melakonkan watak berkaitan dengan agama Islam.
Kata Andy, 39, sebagai pelakon dia perlu memahami budaya masyarakat terutama Melayu memandangkan banyak produksi menawarkannya watak yang mempunyai elemen keagamaan.
"Pertama, saya kena faham budaya. Malaysia ini dikenali dengan masyarakat yang berbilang agama, jadi apabila selalu dapat watak yang ada kena-mengena dengan agama Islam, saya kena belajar dan tahu.

Andy sudah biasa orang menyangka dirinya seorang mualaf.






