ISTERI kepada bekas tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Baihakki Khaizan iaitu pelakon dan usahawan, Norfasarie Mohd Yahya tampil menyuarakan rasa kecewa terhadap Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).
Kekecewaan yang diluahkan Norfasarie itu diungkap selepas anak mereka iaitu Mika Bazil digugurkan daripada skuad Bawah 17 (B-17) Singapura gara-gara memilih untuk mendahulukan pelajaran.
Dalam satu hantaran di Instagram, Norfasarie menyifatkan tindakan FAS itu sebagai tidak adil apabila anaknya dihukum hanya kerana membuat keputusan bertanggungjawab untuk kekal di Singapura sebagai persediaan menghadapi peperiksaan penting GCE N Level pada 15 September.






