BAGI mengubat rindu peminat, penyanyi dan komposer Andi Bernadee muncul dengan sebuah karya baharu berjudul Siapakah Namamu.
Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 34, berkata lagu berkenaan merupakan kolaborasinya bersama The T dan Kuizz yang bertindak sebagai penyusun muzik dan penerbit.
Katanya dia juga menyumbangkan idea dalam penulisan lirik bagi menambahkan sentuhan peribadi dalam lagu berkenaan.

Melodi Siapakah Namamu tarik minat Andi.






