Sukan

Drama wisel pertama, Rafael Vitor kekal raja gol terpantas bersama import TFC-legenda Kelantan

SETIAP musim Liga Malaysia sentiasa menghadirkan kisah menarik, sama ada jaringan kilat seawal beberapa saat, kebangkitan luar jangka pasukan kerdil atau detik-detik dramatik yang menggegarkan stadium.

Terbaharu, penyerang import Terengganu FC (TFC), Raianderson Da Costa Morais atau lebih dikenali sebagai Careca, mencipta detik bersejarah apabila meledak jaringan hanya 11 saat selepas wisel pertama ditiup dalam aksi menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Brunei pada Jumaat lalu.

Aksi itu nyata memeranjatkan penyokong tuan rumah apabila rembatan deras pemain Brazil berusia 29 tahun itu menerjah gawang sebelum lawan sempat menyusun strategi. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh