Sukan

Lima bintang untuk Terengganu di Brunei, jerit Aiman Sekaiichi di televisyen

BUAT kali pertama sejak kali terakhir pada 2008, Liga Super Malaysia kembali ke Brunei menerusi Duli Pengiran Muda Mahkota FC atau DPMM. Halangan pertama mereka di tempat sendiri adalah Terengganu,” kata pengulas Astro Arena, Aiman Roshizam, dalam mukadimahnya sejurus sebelum sepak mula satu-satunya perlawanan Liga Super pada Jumaat.

Belum pun habis ayatnya itu, DPMM yang diberi julukan skuad Tebuan mengikut jersi berbelang kuning hitamnya harus tidak mengiginkan permulaan sedemikian apabila dibolosi selepas hanya 11 saat.

Daripada serangan pertama pelawat itu, Careca merembat dari luar petak penalti untuk menewaskan penjaga gol, Kristijan Naumovski, sewaktu 5,425 penonton di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah berkapasiti 28,000 itu belum pun memanaskan tempat duduk masing-masing.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh