KOMPOSER dan penerbit terkenal, Helen Yap memberitahu dia sering menerima mesej peribadi (DM) daripada penyanyi baharu yang teringin membawakan lagu ciptaannya.
Bagaimanapun Helen berkata, dia sangat teliti dalam memilih penyanyi yang sesuai dengan karya ciptaannya kerana tidak boleh diserahkan dengan mudah.
“Ramai yang DM di Instagram nak lagu, tapi kadang-kadang karya saya tak sesuai dengan cara nyanyian mereka. Saya tengok dulu sebelum setuju,” katanya kepada mStar.

Helen kongsi mengenai perkembangan seninya.






