Hiburan

Anna Jobling bawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa di SDA 2025, tercalon ‘Outstanding Asian Star’

PELAKON Anna Jobling mencuri perhatian ramai apabila diumumkan tercalon sebagai Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025 yang bakal berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada 2 Oktober depan.

Anna, 25, membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa menerusi lakonannya yang penuh emosi sebagai watak utama bernama Cahaya dalam drama popular TV3 iaitu Hai Cinta, Dengarkanlah.

Drama bersiri yang mengisahkan liku kehidupan dan cinta yang penuh dengan dugaan itu berjaya memikat hati penonton dengan lakonan mantap Anna.

Anna terharu mendapat berita namanya tercalon untuk kategori Outstanding Asian Star di SDA 2025.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh