KEMPEN Liga Sepak Takraw (STL) 2025 Grand Prix (GP) Perak menutup tirainya dengan sambutan penuh meriah daripada penyokong dengan menyaksikan Perak Bison menundukkan Kelantan Warriors 2-0 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak pada Ahad lepas.
Kemenangan menerusi keputusan straight set 15-11, 15-12 menyaksikan regu Perak Bison merangkul gelaran juara dan membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta piala.
Kemenangan skuad tuan rumah lebih bermakna dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang turut menyaksikan perlawanan penuh dramatik itu.






