PELAKON Daiyan Trisha hanya mampu ketawa apabila mendapat tahu namanya ‘dipetik’ netizenmenjadi isteri keempat kepada seorang lelaki bangsawan berstatus suami orang.
Menafikan dakwaan itu, Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, berkata dia enggan memberi sebarang komen lanjut berhubung gosip tersebut kerana menganggap ia merupakan satu bahan jenaka.
“Ya Allah saya isteri keempat? Astagfirullahalazim. Saya tak tahu nak cakap apa, saya tak ada baca pun fasal gosip ini.

Daiyan hanya mampu ketawa sewaktu ditanya tentang gosip berkahwin suami orang.






