PRESTASI semasa Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dilihat kurang meyakinkan dalam beberapa aksi Liga Super musim 2025/26 bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kata pemerhati sukan tanah air, Afiq Rowley.
Menurut Afiq, kemasukan beberapa pemain baharu seperti Hector Hevel, Joao Figueiredo dan Jairo da Silva sememangnya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan sistem dan falsafah permainan kelab itu, apatah lagi dengan kehadiran jurulatih baharu, Xisco Munoz.
“Mana-mana pasukan sudah tentu akan mengambil masa untuk menyesuaikan pemain baharu mereka dengan taktikal dan falsafah pasukan. Apatah lagi JDT juga kini mempunyai jurulatih baharu,” katanya kepada Majoriti.







