SEBAGAI seoran penyanyi, Wany Hasrita menyifatkan pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) sebagai sebuah platform yang sentiasa menjadi sasaran utama dalam perjalanan seni.
Beberapa kali beraksi di pentas itu, Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, sentiasa mengharap dia terus diberi peluang untuk kembali bersaing.
Meskipun belum pernah bergelar juara, namun dia tidak pernah putus semangat untuk memperjuangkan karya nyanyiannya.

Wany tak putus asa untuk memenangi AJL dalam kariernya.






