STADIUM Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur dan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, Johor dipilih sebagai gelanggang rasmi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 melibatkan skuad Harimau Malaya pada September depan.
Mengikut jadual yang diumumkan, anak buah Peter Cklamovski akan turun menentang Singapura pada 4 September, pukul 9 malam di SNBJ sebelum melayan cabaran Palestin pada 8 September pada waktu sama di SSI.
“Jadual Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 telah ditetapkan. Pasukan kebangsaan kita akan beraksi dalam dua perlawanan bertaraf tinggi di dua venue berbeza, sebagai persiapan penting menjelang kejohanan akan datang. Jumpa anda di sana,” tulis akaun rasmi skuad kebangsaan, Malaysia NT pada laman Facebook.





