Sukan

[VIDEO] ‘Ustaz Solihin’ turun stadium, reaksi Zul Ariffin warnai Perak Bison rangkul GP Perak

PERAK Bison menutup tirai kempen Liga Sepak Takraw (STL) 2025 dengan penuh bergaya apabila menjulang kejuaraan Grand Prix (GP) Perak selepas menundukkan Kelantan Warriors 2-0 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak pada Ahad.

Kemenangan skuad tuan rumah lebih bermakna dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang turut menyaksikan perlawanan penuh dramatik itu.

Dibarisi Kritsada Sungvung selaku tekong, Muhammad Noraizat Nordin (apit kanan) dan Aidil Aiman Azwawi sebagai apit kiri, Bison memanfaatkan sokongan padu penyokong untuk tampil lebih bertenaga.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh