PROSES serahan dokumen penyanyi dan pelakon, Naim Daniel selesai berhubung kes pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di Mahkamah Sesyen, Putrajaya pada pagi Isnin
Naim atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, berkata kehadirannya kali ini hanyalah bagi melengkapkan urusan dokumen dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
"Saya hadir untuk serahan dokumen sahaja dahulu, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada pihak media yang sanggup hadir pada hari ini.

Naim sempat menyapa media di luar mahkamah.






