Sukan

[VIDEO] Dua kali ‘petik’ pakai lutut, Sultan Pahang tunjuk skil main sepak takraw bersama rakyat di Pulau Tioman

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencuri tumpuan ramai apabila menunjukkan bakat terpendam dalam sukan sepak takraw ketika menyertai permainan santai bersama penduduk tempatan di Kampung Air Batang di Pulau Tioman baru-baru ini.

Dalam satu hantaran video berdurasi 18 saat yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, baginda dilihat beraksi sebagai tekong dan kelihatan tidak kekok langsung dalam mengawal permainan.

“Santai, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang tidak melepaskan peluang beraksi bermain sepak raga bersama penduduk di Kampung Air Batang, Pulau Tioman pada 14 Ogos 2025,” menurut kapsyen hantaran berkenaan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh