SATU lagi musim baharu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Liverpool bersedia mempertahankan kejuaraan dimenangi mereka.
Namun begitu, Arsenal yang sudah tiga musim berturut-turut menjadi naib juara berdepan tekanan untuk menjadi johan di bawah kendalian Mikel Arteta.
Kini memasuki fasa keenam atau phase six kepada era “trust the process“, Arteta tidak banyak masa lagi untuk menghadiahkan kejuaraan kepada The Gunners.








