PENYANYI Zehra Zambri tampil menjelaskan dakwaan dia menyekat nombor telefon suaminya sehingga menyukarkan hubungan mereka selepas tidak lagi tinggal sebumbung.
Kata Zehra, 38, suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin masih boleh menghubunginya menerusi panggilan telefon atau pesanan ringkas (SMS).
“Saya block si polan hanya di WhatsApp selepas dia keluar rumah pada Mei 2025. Selepas itu segala urusan komunikasi saya lakukan melalui mesej biasa. Panggilan telefon tidak disekat sama sekali,” katanya.







