KEMELUT rumah tangga penyanyi Zehra Zambri bakal berakhir dengan perceraian apabila Majlis Tahkim mahkamah memutuskan tiada persefahaman antara dia dan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin.
Menurut Mohd Iqwan, 42, keputusan itu dibuat selepas perbincangan secara berasingan selama dua jam tidak menemui jalan penyelesaian.
"Menerusi Majlis Tahkim kami berbincang secara berasingan. Apabila tiada jalan penyelesaian, keputusannya adalah bercerai.







