BAHANG Liga Super sudah mula terasa dengan tirai perlawanan akan diangkat ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan Selangor FC dalam aksi Piala Sumbangsih pada Jumaat.
Pada Sabtu dan Ahad, lima perlawanan lagi akan diadakan dengan tumpuan turut terarah kepada Kelantan The Real Warrior serta Kuala Lumpur City FC yang berwajah baharu.
Aksi pada Ahad juga menyaksikan Penang FC akan turun menentang Terengganu FC di Stadium Bandaraya, George Town.






