DUA bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Junior Eldstal dan Mohamadou Sumareh dilaporkan menyertai saingan Liga A1 Semi Pro musim 2025/2026 bersama JDT II.
Junior dan Sumareh masing-masing bakal menyarung jersi bernombor 90 dan 62.
Kehadiran kedua-dua pemain itu dijangka memberi impak positif kepada JDT II dalam usaha mengukuhkan kedudukan pasukan dalam liga tersebut.







