MENJALIN hubungan rapat dengan DJ Kidd, pelakon Emma Maembong memberitahu sudah membawa lelaki berkenaan berjumpa dengan anak dan keluarganya.
Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, berkata, pertemuan itu berlangsung secara tidak sengaja kerana dia tiada niat untuk memperkenalkan DJ Kidd kepada seluruh anggota keluarga buat masa ini.
"Setakat ini kebanyakan pertemuan antara dia dan anak-anak, ayah serta adik-beradik saya berlaku secara tak sengaja.

Emma sebelum ini menafikan dakwaan sudah mendirikan rumah tangga semula.






