Sukan

[VIDEO] ‘Saya ingat awak’, 16 sudah tahun berlalu, legenda Man United masih dihantui jaringan padu Amri Yahyah

SAYA kenal awak”. Itulah kata-kata penuh bermakna daripada legenda Manchester United, Edwin Van Der Sar kepada bekas penyerang kebangsaan, Amri Yahyah ketika kedua-duanya bertemu semula dalam satu majlis di Aeon Mall Tebrau, Johor baru-baru ini.

Momen istimewa itu dikongsikan dalam satu video berdurasi 18 saat menerusi laman Facebook, Pencinta Bola Sepak Malaysia, yang memaparkan detik penuh nostalgia antara dua figura bola sepak yang pernah bertembung di atas padang pada 2009.

Amri yang ketika itu mewakili skuad kebangsaan di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal, mencipta sejarah apabila berjaya merobek gawang Manchester United sebanyak dua kali dalam perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh