Sukan

[VIDEO] ‘Jangan sorokkan mereka di rumah’, ayah cipta rekod bawa anak istimewa lari 42km di IJM Allianz Duo Highway Challenge 2025 

DALAM catatan sejarah yang menyentuh hati, seorang bapa sudah mencipta rekod sebagai individu pertama di Malaysia menamatkan larian maraton sejauh 42 kilometer (km) bersama anak istimewanya dalam acara IJM Allianz Duo Highway Challenge 2025 pada Ahad. 

Lebih istimewa, larian berkenaan bukan sekadar cabaran fizikal, tetapi simbol perjuangan dan kasih seorang Nur Hazim Hizad Ma’zman, 38, terhadap anaknya yang menghidap pelbagai komplikasi kesihatan. 

Anak Nur Hazim iaitu Nur Alisha Humairah berusia sembilan tahun merupakan kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menghidap sindrom kromosom 18p-, autisme, komplikasi jantung dan masalah organ dalaman.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.