PRIHATIN dengan peningkatan kes buli yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan pesanan khusus buat generasi muda agar lebih berfikir panjang sebelum bertindak.
Menurut Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, sikap terburu-buru dan terlalu mengikut perasaan, terutama dalam kalangan remaja boleh membawa kepada perbuatan jenayah serius sekiranya tidak dikawal sejak awal.
“Kepada anak-anak muda sekarang ini, dalam kita melakukan apa sahaja, jangan ikutkan darah panas atau merasakan buli itu sesuatu yang biasa.

Siti beri nasihat kepada pembuli.






