PELAKON Sarah Hildebrand selamat melahirkan cahaya mata pertama di Amerika Syarikat dan kini sedang berpantang mengikut cara tradisional Melayu.
Sarah atau Nur Sarah Hildebrand Asyraf Hildebrand, 35, berkata dia sudah mempersiapkan makanan berpantang untuk dibekukan selain menyediakan keperluan lain seperti bertunku dan bengkung.
“Saya akan berpantang ikut adat tradisional Melayu. Saya sedang menyediakan persiapan makanan pantang untuk disejuk beku.

Perkongsian Sarah menerusi Instastory miliknya.






