PELAKON dan penyanyi, Puteri Khareeza berkongsi berita gembira apabila sedang hamil enam bulan.
Puteri Khareeza atau nama sebenarnya Puteri Aszfaryna Khareeza Arif, 26, berkata sepanjang kehamilan dia berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami alahan teruk.
“Alhamdulillah, saya tidak berdepan dengan ‘morning sickness’ sejak trimester pertama. Tiada muntah-muntah.






