SUASANA di Flat Seri Perantau, Pelabuhan Klang, Selangor gempar apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai selepas terjatuh dari tingkat lapan sebuah blok pangsapuri dalam kejadian pada Jumaat.
Insiden menyayat hati itu dipercayai berlaku di Blok J pangsapuri berkenaan, apabila mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di kawasan tempat letak kereta berhampiran bangunan tersebut.
Video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kekecohan penduduk sekitar lokasi kejadian, dengan suara seorang lelaki dalam rakaman tersebut memberitahu sedikit maklumat mengenainya.





