NAMA penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris menjadi perbualan hangat netizen susulan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya yang baru melahirkan cahaya mata.
Bagaimanapun, Fitri atau nama sebenarnya Mohamad Fitri Mohamad Haris, 40, menafikan tuduhan tidak berasas itu dan menegaskan rumah tangganya bersama isteri, Fazilah Omar berada dalam keadaan baik.
“Tak adalah, isteri saya dan anak-anak juga ada di sini. Kami bahagia dan sihat sahaja.

Fitri dan isteri pilih saling percaya.






